Translate

Monday, October 3, 2016

Kilang kenaf terbakar, dua cedera

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

SETIU - Sebuah kilang memproses kenaf bernilai RM10 juta yang baru beroperasi setahun lalu terbakar di Kampung Saujana dekat sini hari ini.
Dua pekerja kilang terbabit yang masing-masing merupakan warga tempatan dan Bangladesh turut melecur pada bahagian kaki dalam kejadian pada pukul 1.15 petang terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Anuar Mamat berkata, kejadian dipercayai berpunca selepas salah sebuah mesin memproses kenaf yang sedang beroperasi tiba-tiba meletup.
"Tiga jentera bomba dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke kilang terbabit sebaik menerima laporan.
"Dua pekerja iaitu Amran Jaafar, 45, dan seorang warga Bangladesh, Kassim Sulaiman, 43, yang masing-masing melecur pada kaki telah dikejarkan ke Hospital Setiu di sini untuk menerima rawatan," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment