Translate

Monday, October 3, 2016

33 pesilat jalani latihan, terima tauliah jurulatih

TAULIAH. Seramai 33 pesilat termasuk dua warga Thailand mengikuti Kursus Kejurulatihan Silat Manual Tahap 1 Kebangsaan selama lima hari di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu baru-baru ini.

Pengarah PSMZA, Mohd. Pauzi Ibrahim berkata, kursus anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) dan Akademik Kejurulatihan Institut Sukan Negara (ISN) itu membolehkan peserta menerima tauliah untuk bergiat aktif sebagai jurulatih pencak silat.

“Peserta didedahkan dengan etika kejurulatihan, pengurusan pemakanan atlet dan teknik pencak silat berkesan oleh barisan jurulatih Pesaka dan ISN,” katanya yang memberitahu, sijil disampaikan Pengurus Pasukan Pencak Silat kebangsaan, Datuk Osman Nok.

No comments:

Post a Comment