Translate

Tuesday, October 11, 2016

Jaga ditemui mati dalam kereta

KEMAMAN - Seorang pengawal keselamatan yang tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu bertugas ditemui mati di dalam kereta Perodua Kancil miliknya di tapak sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Telok Kalong dekat sini hari ini.
Mayat Sharai Tahir, 61, yang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung ditemui salah seorang ahli keluarganya pada pukul 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, warga emas itu bertugas sebagai pengawal keselamatan yang menjaga dua buah jengkaut di tapak pembinaan tersebut sejak sebulan lalu.
"Pada hari kejadian, mangsa bertugas syif malam dari pukul 7.30 malam, semalam hingga 7 pagi tadi.
"Namun dia tidak pulang ke rumah di Rumah Murah Kijal dekat sini selepas waktu bekerja berakhir menyebabkan ahli keluarganya mencarinya di tempat kerja," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment