Translate

Friday, October 7, 2016

Kilang kenaf dijilat api selepas mesin meletup

SETIU – Sebuah kilang memproses kenaf bernilai RM10 juta yang baru beroperasi setahun lalu terbakar selepas sebuah mesin di kilang itu meletup di Kampung Saujana dekat sini semalam.

Dua pekerja kilang terbabit yang masing-masing merupakan warga tempatan dan Bangladesh turut melecur pada kaki dalam kejadian pada pukul 1.15 petang terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Anuar Mamat berkata, kejadian dipercayai berpunca selepas salah sebuah mesin memproses kenaf yang sedang ber­operasi tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan api marak membakar kilang.

“Tiga jentera bomba dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke kilang terbabit sebaik menerima laporan.

“Dua pekerja iaitu Amran Jaafar, 45, dan seorang warga Bangladesh, Kassim Sulaiman, 43, yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Setiu di sini untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kerugian sedang disiasat.

Tumbuhan kenaf biasanya digunakan untuk menghasilkan tilam, perabot kertas dan guni.

No comments:

Post a Comment