Translate

Wednesday, October 5, 2022

Tiada tanda harga, 4 peniaga karnival Thailand dikompaun

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gara-gara gagal mempamerkan tanda harga, empat peniaga di sebuah karnival makanan Thailand di Batu Burok di sini dikompaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) malam tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Terengganu, Nor Azmi Lamisza berkata, kesalahan itu dikesan sewaktu pemeriksaan mengejut dilakukan pasukan penguat kuasa agensi itu di gerai-gerai karnival berkenaan.

“Sebelum pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa KPDNHEP negeri telah memberi ingatan kepada peniaga-peniaga di karnival berkenaan agar meletakkan tanda harga pada setiap barangan jualan.

“Begitu pun masih terdapat (peniaga) yang gagal melakukannya. Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan terpaksa dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Nor Azmi berkata, kompaun keseluruhan sebanyak RM1,200 telah dikenakan kepada kesemua empat peniaga terbabit.

Tambah beliau, pengeluaran kompaun itu disebabkan kesalahan mengikut Peraturan 2 (1) Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj bagi Perkhidmatan) 2020.

“Saya gesa golongan peniaga agar mematuhi undang-undang dikuatkuasakan termasuk mempamerkan tanda harga bagi mengelakkan kekeliruan pengguna,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Post a Comment