Translate

Saturday, October 1, 2022

Mahkamah : Sembilan pelajar hadapi tuduhan buli rakan sekolah

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Sembilan pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah berasrama harian di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencederakan tiga rakan sekolah mereka pada hujung bulan lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia 16 tahun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Berdasarkan pertuduhan, keenam-enam tertuduh didakwa menumbuk dan menyepak sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada tiga mangsa berusia 15 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di asrama sekolah terbabit pada pukul 11.30 malam, 23 Ogos lalu.

Kesemua remaja itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kosmo! Online 29 Ogos lalu melaporkan tiga sekolah berkenaan ditahan kerana disyaki membelasah tiga rakan asrama di sebuah sekolah menengah harian berasrama tersebut.

Kejadian buli itu dipercayai berlaku seepas pelajar-pelajar terbabit dikatakan tidak berpuas hati setelah tembelang sebahagian mereka memiliki rokok elektronik di asrama sekolah diadukan oleh ketiga-tiga mangsa itu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment