Oleh MOHD AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Gara-gara mencuri sebelum melupuskan sebuah telefon pintar jenama iPhone milik seorang pengunjung sebuah karnival makanan Thailand pada awal bulan ini, seorang buruh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Marzuki Mamat, 45, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukrie.
Berdasarkan pertuduhan, Marzuki didakwa mencuri sebuah telefon bimbit jenama iPhone daripada salah seorang pengunjung di sebuah karnival makanan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di tapak karnival di Batu Burok di sini pada 3 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa kemudiannya melupuskan telefon bimbit itu dengan menjual gajet tersebut kepada salah seorang rakannya.
Marzuki didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.
Majistret Nik Mohd. Tarmizie memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda RM3,000 berkenaan. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment