Translate

Saturday, October 1, 2022

Tapak premis warisan Kampung Cina terbakar dibangun semula

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tapak 12 premis perniagaan di Kampung Cina di sini yang musnah dalam kebakaran kelmarin dalam dibangunkan semula oleh kerajaan negeri Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebahagian daripada premis yang terbakar itu memiliki nilai warisan yang penting dan berharga kepada sejarah awal bandar raya ini.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri Terengganu berhasrat untuk membangunkan semula premis itu dengan ciri-ciri senibina warisan asal dikekalkan.

“Begitu pun perbincangan lanjut dengan pemilik bangunan diperlukan memandangkan sebahagian premis itu didirikan di tanah persendirian,” katanya selepas meninjau kesan kebakaran tersebut di Kampung Cina di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan deretan 12 rumah kedai berusia lebih 60 tahun tersebut musnah dalam kebakaran berlaku pada pukul 8.45 malam.

Antara premis perniagaan terlibat dalam kebakaran tersebut ialah kedai emas, restoran, kedai kain dan kedai membaiki kunci dengan kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Ahmad Samsuri memberitahu, buat sama ini, kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan RM2,000 kepada setiap 12 mangsa kebakaran terbabit sebagai bantuan awal. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Post a Comment