Translate

Sunday, October 2, 2022

Tiga bot nelayan Vietnam ditenggelam jadi tukun tiruan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Maritim Malaysia (APMM) menenggelamkan tiga bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak di perairan Pulau Kapas di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Terengganu, Ariffin Ghazali berkata, pelupusan bot nelayan Vietnam sebagai tukun tiruan di perairan negeri ini tersebut merupakan kesepuluh dilakukan APMM pada tahun ini.

Beliau berkata, penguat kuasaan berkenaan menunjukkan keseriusan APMM dalam menangani isu penceroboh nelayan asing terutama di perairan Pantai Timur.

“Ketiga-tiga bot nelayan Vietnam itu telah sita dalam Op. Naga Barat dan Op. Kuda Laut yang dilaksanakan Kapal Maritim (KM) Nusa kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara pada tahun lalu.

“Permohonan agar kesemua bot nelayan Vietnam itu dilucut hak telah dibenarkan mahkamah baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.

Ariffin berkata, sebanyak 30 bot nelayan asing yang turut disita sedang menunggu masa untuk turut ditenggelamkan di perairan Terengganu setelah perintah lucut hak dibenarkan mahkamah.

Jelas beliau, setakat ini, sebanyak 147 bot nelayan asing dianggarkan bernilai RM220.5 juta telah ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di perairan negeri ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment