Translate

Wednesday, October 19, 2022

Cadang import telur ayam atasi kekurangan bekalan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGGANU – Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk membawa masuk telur ayam import bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan sedang dihadapi sekarang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, cadangan itu masih diperincikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Beliau berkata, kemasukan telur ayam import itu walaupun menyelesaikan masalah kekurangan bekalan tetapi harganya dijangka sedikit tinggi daripada pasaran semasa berikutan penukaran wang asing.

“Telur ayam dari luar (import) agak mahal disebabkan nilai mata wang kita sekarang ini.

“Terserah kepada MAFI untuk memperhalusinya,” katanya selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia di sini hari ini.

Rosol mengakui keberadaan bekalan telur ayam terutama gred A, B dan C yang dikawal harganya sejak 31 Januari lalu di pasaran tempatan semakin membimbangkan.

Jelas beliau, ia disebabkan penurunan bekalan sejak akhir-akhir ekoran tekanan operasi kos didakwa dihadapi sebahagian besar pengusaha.

“Mereka mendakwa tertekan dengan kawalan harga terhadap telur ayam gred A, B dan C yang dikuatkuasakan sejak hampir sembilan lalu.

“Kerajaan telah cuba berkompromi dengan menaikkan subsidi kepada lapan sen bagi sebiji telur ayam baru-baru ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


No comments:

Post a Comment