Translate

Tuesday, October 18, 2022

Petronas sumbang peralatan operasi musim banjir

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyumbang peralatan operasi penyelamatan banjir Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, sumbangan tersebut berupa empat bot dilengkapi enjin,tangki bahan api dan kemudahan roda mudah alih.

“Selain itu, 1,000 unit khemah, 700 unit jaket keselamatan dan 7,000 helai baju hujan turut disumbang.

“Ia merupakan inisiatif Petronas untuk membantu agensi penyelamat di Terengganu membuat persediaan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Datuk Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Mohammad Ahmad Shazly berkata, pemberian sumbangan peralatan operasi banjir berkenaan juga sebagai tanda penghargaan Petronas terhadap dedikasi agensi terlibat melakukan misi bantuan banjir saban tahun.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Petronas turut menyumbang peralatan operasi banjir terbabit ke semua negeri di seluruh negara.

“Ia merupakan sebahagian peruntukan RM25 juta bagi membantu mangsa banjir yang diumumkan pada Disember tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment