GOPENG - Orang awam yang mengunjungi Taman Sayang di sini semalam gempar dengan penemuan satu mayat lelaki yang hampir separuh badannya melecur dipercayai dibakar di sebuah pondok yang terdapat di taman rekreasi tersebut semalam.
Mayat seorang lelaki dipercayai dalam lingkungan 50-an itu ditemui dengan kesan terbakar dari paras kepala hingga pinggang pada pada pukul 12.50 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian menjumpai sebuah tong minyak petrol dan sekeping nota bertulisan Cina yang bermaksud saya bunuh diri secara seksaan.
"Hampir 55 peratus tubuh si mati dari paras kepala hingga pinggang didapati telah melecur teruk dipercayai akibat dibakar."Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat yang dipercayai telah meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Kong Soon berkata, pemeriksaan pada tubuh mangsa juga tidak menemui sebarang kesan pergelutan, namun kepalanya mengalami sedikit kecederaan dipercayai akibat terhentak dengan batu.
Tambahnya, mayat si mati yang masih belum dikenal pasti identitinya itu telah dihantar ke Hospital Kampar dekat sini untuk dibedah siasat.
"Saya menyeru kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kes ini agar tampil untuk melakukan pengecaman dan membantu siasatan polis," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment