Translate

Saturday, November 2, 2013

APMM tumpaskan lanun Indonesia

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

LUMUT - Maritim Malaysia (APMM) menumpaskan kumpulan lanun Indonesia yang disyaki merompak sekurang-kurangnya tiga bot nelayan tempatan d perairan negara ini pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, kumpulan lanun tersebut berpengkalan di Acheh Timur, Sumatera, Indonesia.

"Dalam kejadian pada 9 Julai lalu, kumpulan lanun tersebut bukan sahaja merampas bot nelayan yang berpengkalan di Bagan Panchor, Pantai Remis dekat sini malah turut menawan dua awak-awak warga Thailand.

"Ketika kejadian, lanun tersebut meminta wang tebusan RM200,000 namun tindakan pantas pemilik bot melaporkan kejadian itu membuahkan hasil apabila kegiatan itu dapat ditumpaskan," katanya.

Ahmad Puzi berkata demikian selepas menyerahkan bot nelayan yang dirampas lanun kepada pemiliknya di perairan Pangkor berhampiran Jeti Kampung Acheh dekat sini semalam.

Katanya, Maritim Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia berjaya menjejaki markas lanun itu pad September lalu dan menembak mati ketuanya.

Dalam operasi tersebut, empat anggota kumpulan itu diberkas dan tiga bot milik nelayan tempatan dirampas pada Januari, Mei dan Julai ditemui semula.

No comments:

Post a Comment