azli.adlan@kosmo.com.my
PARIT – Biarpun terkena tembakan peluru sesat yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis, Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, tetap cekal dan tidak mengalami trauma berpanjangan.
Anak bongsu daripada empat adik-beradik itu berkata, kejadian tersebut tidak akan mematahkan cita-citanya untuk menjadi anggota tentera apabila dewasa kelak.
“Saya tak takut peluru tetapi kalau boleh, saya tak mahu ingat apa yang dah jadi (peristiwa terkena tembakan peluru sesat),” katanya kepada Kosmo! di rumahnya di Kampung Belanja Kiri dekat sini semalam.
Mohd. Amar yang masih perlu memakai pendakap leher dilihat semakin ceria dan semakin sihat.
Begitupun, dia memberitahu bercuti sakit selama enam minggu yang menyebabkan dia tidak dapat ke sekolah sehinggu cuti penggal persekolahan bermula menyebab kannya sedikit kebosanan.
“Saya rindu dengan kawan-kawan sekolah. Nak cepat sihat, boleh bermain (menunggang) basikal sama-sama de ngan mereka.
“Tapi kerinduan itu terubat sedikit setelah ramai kawan datang ziarah saya (di rumah) sejak keluar (dari) hospital,” katanya yang baharu memberi keterangan kepada polis mengenai kejadian itu pada Selasa lalu.
Kosmo! pada 16 Oktober lalu melaporkan, Mohd. Amar cedera parah selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan daripada pistol jenis P99 milik seorang anggota polis berpangkat sarjan.
Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku ketika anggota polis tersebut sedang mengosongkan peluru di hadapan rumah mertuanya sebelum satu das tembakan terlepas dan me ngenai Mohd. Amar yang sedang bermain.
Imbasan X-ray menunjukkan peluru itu menembusi hi dung dan tersekat pada kerongkong mangsa, kira-kira lima milimeter dari saraf tunjang.
Pakar perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang diketuai Pakar Perunding Neorosurgeri, Dr. Cheang Chee Keong berjaya mengeluarkan peluru tersebut dalam pembedahan bersejarah menggunakan kaedah tiub pada 20 Oktober lalu.
No comments:
Post a Comment