Translate

Sunday, November 3, 2013

Pemuda cedera ditembak di rusuk kanan

IPOH - Seorang lelaki yang sedang minum bersama lima rakannya cedera akibat ditembak dalam satu kejadian pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Sultan Idris dekat Kompleks Yik Foong di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun dari Kampar dekat sini cedera di rusuk kanan dan dilaporkan stabil di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sejam sebelum kejadian, mangsa bergaduh dengn dua rakannya di restoran berkenaan.

"Selepas itu, dua lelaki terbabit beredar dari restoran berkenaan dengan sebuah kenderaan jenis Honda CRV berwarna hitam.

"Kira-kira 20 minit kemudian, suspek datang semula ke restoran itu dan tercetus pergaduan kali kedua sebelum salah seorang daripadanya melepaskan tembakan dan mengenai rusuk mangsa," katanya kepada Kosmo!.

Menurut Acryl Sani, susulan kejadian itu, pihaknya menahan empat lelaki berusia 35 hingga 45 tahun yang juga kenalan mangsa bagi membantu siasatan.

Pemeriksaan mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah kes curi kenderaan dan memiliki barang curi.

"Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dan suspek terlibat dalam kegiatan kongsi gelap," kata beliau.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment