Translate

Monday, September 11, 2023

Himpunan RXZ: Penunggang langgar syarat, menunggang melulu

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu kesal dengan segelintir pihak yang cuba mempolitikkan ketegasan pihaknya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap sebahagian peserta sebuah himpunan pemilik motosikal Yamaha RXZ yang berakhir semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan demi memastikan ketenteraman awam di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima rungutan ramai tentang tingkah laku segelintir penunggang motosikal Yamaha RXZ terbabit yang menunggang secara melulu sehingga membahaya dan mengganggu ketenteraman awam.

“Pemantauan mendapati aduan itu terbukti benar. Empat kemalangan maut membabitkan peserta himpunan tersebut telah dilaporkan dalam tempoh dua hari sahaja pada Jumaat (kelmarin) dan semalam.

Kita telah menegakkan undang-undang secara profesional dan tidak layan komen bermotif politik sebaliknya terus fokus memastikan ketenteraman awam di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Mazli berkata, tidak timbul isu PDRM cuba mensabotaj himpunan membabitkan pemilik motosikal Yamaha RXZ berkenaan kerana penganjurannya telah menerima permit polis dengan bersyarat.

las beliau, penganjuran program tersebut pada edisi sebelum ini juga berjalan lancar tanpa memerlukan tindakan penguatkuasaan kerana syarat tidak dilanggari seperti tahun ini.

Dalam pada itu, Mazli memberitahu operasi selama dua hari sehingga kelmarin telah menahan 185 motosikal Yamaha RXZ atas pelbagai kesalahan trafik sebelum 111 daripadanya disita bagi siasatan lanjut.

“Seramai 205 penunggang motosikal jenis itu turut ditahan termasuk dua remaja bawah umur yang tidak memiliki lesen memandu.

“PDRM dan JPJ masing-masing telah mengeluarkan 292 dan 311 notis kompaun kesalahan trafik kepada individu terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment