Pengerusi PayNet, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin berkata, kempen tersebut bertujuan menggalakkan penggunaan kad debit sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai dalam kalangan warga universiti termasuk pelajar dan pensyarah.
“Penggunaan kad debit bukan sahaja memudahkan transaksi tanpa perlu membawa wang tunai malah mengurangkan kos dan risiko pengurusan tunai sewaktu pembayaran di kaunter.
“Melaluinya, warga universiti berpeluang memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000 sekiranya melakukan transaksi menggunakan kad debit sepanjang tempoh 1 Ogos lalu hingga 31 Januari tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pelancaran Kempen MyDebit sempena Karnival Kewangan Islam UniSZA yang disempurnakan Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan di sini baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Perbankan Pengguna Bank Islam Malaysia Bhd., Zamree Mohamad.
No comments:
Post a Comment