Translate

Wednesday, December 17, 2008

Wartawan Kosmo! rugi cermin kereta dipecah

IPOH - Salah satu  cermin   kereta  Perodua Myvi milik wartawan Kosmo! cawangan Ipoh,  Kumara  Sabapatty, 29, yang diletakkan di tempat letak  kereta  di belakang pejabat Kosmo! di Jalan Sultan Iskandar di sini dipecah pencuri kelmarin.

Dalam kejadian pukul 6.20 petang itu,  cermin  belakang sebelah kanan kenderaan berwarna hitam itu dipecah sebelum kotak menyimpan duit syiling yang mengandungi kira-kira RM20 dilarikan.

 Kumara  berkata, selain itu, sebuah beg yang mengandungi 40 cakera padat (CD) lagu-lagu Tamil turut hilang dipercayai dilarikan pencuri terbabit.

Katanya, kejadian itu disedari seorang kakitangan Jabatan Pemasaran Utusan Melayu yang kebetulan melalui kawasan itu dan terlihat serpihan kaca bertaburan di atas jalan di sisi keretanya.

"Selepas dimaklumkan kejadian itu, saya bergegas ke  kereta  dan mendapati satu  cermin  telah pecah dengan serpihannya bertaburan di atas tanah.

"Apabila diperiksa, saya dapati kotak menyimpan duit syiling dan beg menyimpan CD yang diletakkan di bahagian hadapan tempat duduk  kereta  telah hilang," katanya semalam.

 Kumara  kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru di sini yang terletak kira-kira 100 meter dari pejabat Kosmo!

Beliau memberitahu, telah menggantikan  cermin   kereta  yang dipecahkan itu di sebuah bengkel membaiki  kereta  di Jalan Bendahara di sini semalam.

"Apa yang saya kesalkan, walaupun nilai kecurian duit syiling tak sampai RM20 tetapi saya rugi RM60 semata-mata menggantikan  cermin   kereta  yang pecah," katanya.

Difahamkan kejadian memecah  cermin   kereta  untuk mencuri barang berharga itu adalah kali kedua dalam tempoh tiga minggu di tempat letak  kereta  sama dan sebelum ini ia melibatkan kenderaan milik seorang kakitangan Utusan Media dan Sales (UMES) Ipoh.

No comments:

Post a Comment