IPOH - Mahkamah Sesyen di sini semalam dikejutkan dengan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nazratul Mohd . Yusof yang mencadangkan agar wang jaminan bagi tertuduh kes rogol sebanyak RM50,000.
Pada mulanya, Nazratul yang tidak tahu kesilapannya, mengiyakan amaun wang jaminan itu selepas ditanya sekali lagi oleh Hakim Hashim Hamzah yang terkejut mendengar permohonan luar biasa tersebut.
Namun setelah tertuduh, K. Tanabalasingam, 30, membuat rayuan agar wang jaminan dikurangkan barulah Timbalan Pendakwa Raya itu tersedar kesilapannya dan memaklumkan jumlahnya hanya RM5,000.
Hashim yang tersenyum melihat telatah Nazratul membenarkan Tanabalasingam dibebaskan dengan wang jaminan RM5,000 dan seorang penjamin serta sebutan semula kes tersebut pada 20 Januari depan.
No comments:
Post a Comment