Translate

Thursday, December 4, 2008

Dua lagi suspek bunuh 'Ustaz' direman

IPOH - Polis menahan dua lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan bunuh ' Ustaz '   Mohd  .  Khairuddin    Mohd  .  Isa , 42, pada 11 November lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Ibrahim Abu Bakar berkata, kedua-dua suspek yang berusia 30-an diberkas di dua lokasi berasingan.

Menurut beliau, suspek pertama ditahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada malam kelmarin manakala suspek kedua pula diberkas di sebuah premis di Menglembu di sini pada tengah hari semalam.

"Suspek kedua ditahan selepas penahanan suspek pertama,'' kata beliau.

Ibrahim memberitahu, tiga lelaki berusia 19 hingga 40 tahun yang ditahan polis sebelum ini dibebaskan selepas mereka didapati tidak ada kaitan dengan jenayah itu.

Kosmo! pada 12 November lalu melaporkan   Mohd  . Khairudin yang baru dua minggu bekerja sambilan di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar untuk membiayai pengajiannya disamun dan dibunuh ketika mempertahan wang majikannya daripada disamun sekumpulan lelaki.

Dalam kejadian pukul 6.50 pagi, mangsa yang juga merupakan pelajar tahun pertama program Ijazah Sarjana Muda Syariah Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi sedang bersiap-siap untuk menamatkan syif lapan jamnya yang berakhir pukul 7 pagi.

No comments:

Post a Comment