Translate

Tuesday, December 9, 2008

Awas anggota sindiket menyamar pegawai polis

Oleh AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Orang ramai dinasihat supaya tidak terpedaya dengan kegiatan  sindiket  yang  menyamar  sebagai pegawai  polis  bagi melakukan penipuan melibatkan akaun bank yang kini dilaporkan sedang berleluasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat  Polis  Kontijen (IPK)  Perak , Asisten Supritendan Amarjit Singh berkata, biasanya anggota  sindiket  berkenaan akan membuat panggilan telefon kepada mangsa dengan memperkenalkan diri kononnya pegawai  polis  dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Beliau berkata, anggota  sindiket  berkenaan akan mendakwa berdasarkan siasatan, akaun bank yang didaftarkan dengan nama dan kad pengenalan mangsa didapati terlibat dalam kegiatan penipuan antarabangsa termasuk melibatkan cek palsu.

"Kemudiannya mangsa terbabit akan diarahkan untuk menghubungi pihak lain yang kononnya  Polis  Hong Kong menerusi talian mengandungi 13 hingga 15 angka yang bermula dengan nombor 00852.

"Setelah dihubungi, mangsa akan diberitahu akaun mangsa kononnya akan dibekukan bagi tujuan siasatan oleh Bank Negara. Oleh itu, mangsa telah diarahkan agar memindahkan semua wang dalam akaunnya ke dalam suatu akaun lain yang diberikan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Amarjit berkata, setelah mangsa terbabit menuruti arahan  sindiket  berkenaan, semua duit dalam akaunnya akan lesap tanpa dapat dikesan.

Beliau berkata, sejak tahun lalu,  Polis   Perak  telah menerima 16 kes seperti itu dan ia melibatkan kerugian kira-kira RM81,800.

"Modus operandinya hampir sama dan siasatan kami mendapati kebanyakan sasarannya ialah ahli pernia- gaan kaum Cina di hampir seluruh bandar di  Perak  terutamanya Ipoh, Taiping, Manjung dan Teluk Intan," katanya.

Sehubungan itu, Amarjit meminta orang ramai yang dihubungi oleh anggota  sindiket  berkenaan agar segera melaporkannya kepada pihak  polis .

No comments:

Post a Comment