Translate

Saturday, December 20, 2008

Ipoh cadang guna sistem saliran Fukuoka

IPOH - Pakar  saliran  dan pembentungan dari Jepun, Kannonji Osamu berkata, pengu- rusan sistem  saliran  di bandar raya dunia kebelakangan ini semakin mencabar ekoran fenomena pemanasan global yang telah menyebabkan purata taburan hujan meningkat mendadak sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang juga Ketua Jurutera Bandar Raya  Fukuoka , berkata berdasarkan tinjauannya sistem  saliran  bandar raya Ipoh di sini agak ketinggalan dan ia dikhuatiri tidak dapat menampung kapasiti air hujan yang semakin meningkat.

"Seperti juga  Fukuoka , kebanyakan sistem  saliran  di bandar raya ini telah direka bentuk lebih puluhan tahun dulu dan hanya boleh menampung air hujan kira-kira 49 milimeter (mm) sehari.

"Sedangkan akibat fenomena pemanasan global, taburan hujan telah meningkat sehingga 52mm sehari.

"Sehubungan itu kajian tentang sistem pembentungan, kolam tada- han dan tebatan banjir di sini sedang dilakukan bagi menge- lakkan masalah berbangkit seperti banjir kilat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas diperke- nalkan bersama seorang lagi rakan sejawatnya, Inoue Fumito oleh Pemangku Setiausaha Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI), Datuk Abdul Rahim Md. Ariff di sini semalam.

Mereka akan berada di bandar raya ini selama 18 hari sehingga 22 Disember ini bagi berkongsi kepakaran dalam pengurusan sistem air kumbahan, pembentungan, kolam tadahan dan tebatan banjir di bawah tajaan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

Osamu berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan jurutera dari MBI berhubung kemungkinan untuk menggunakan teknologi  saliran  yang diguna pakai di  Fukuoka .

Beliau berkata, kajian mendalam diperlukan kerana pada dasarnya taburan hujan di bandar raya ini adalah tiga kali ganda lebih banyak berbanding bandar raya besar di Jepun.

"Di Ipoh, taburan hujan mencecah kira- kira 3,000mm setahun sedangkan  Fukuoka  cuma menerima 1,000mm dalam tempoh sama," katanya.

No comments:

Post a Comment