IPOH - Mulai tahun depan, Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI ) akan mewajib- kan semua pengusaha restoran di bandar raya ini memasang sistem pe- napis minyak dan sisa buangan sinki sebelum permohonan memperbaharui lesen perniagaan masing-masing diluluskan.
Pemangku Setiausaha MBI , Datuk Abdul Rahim Md. Ariff berkata, langkah tersebut terpaksa dilaksanakan bagi mengatasi masalah pencemaran air di beberapa lembangan sungai seperti Sungai Kinta, Sungai Pinji dan Sungai Pari yang mengalir di bandar raya ini.
"Kajian MBI mendapati sekurang- kurangnya 75 peratus daripada sisa minyak dan kumbahan yang mencemarkan sungai-sungai terbabit dilepaskan oleh premis restoran.
"Sehubungan itu, mulai tahun depan semua pengusaha restoran diwajibkan memasang sistem penapis minyak dan sisa buangan sinki sebagai prasyarat utama kelulusan permohonan memperbaharui lesen perniagaan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas memperkenalkan dua jurutera kanan dari Fukuoka, Jepun, Kannonji Osamu dan Inoue Fumito serta wakil Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), Murakami Kaori di sini semalam.
Kedua-dua pakar pengurusan sali- ran Jepun itu berada di bandar raya ini sejak 5 Disember lalu untuk berkongsi kepakaran teknikal dalam pengurusan sistem air kumbahan, pembentungan, kolam tadahan dan teba- tan banjir.
Abdul Rahim memberitahu, program perkongsian kepakaran teknikal antara bandar raya ini dan Fukuoka dimulakan sejak tahun lalu dan ia di- biayai sepenuhnya oleh sebuah agensi kerajaan Jepun.
No comments:
Post a Comment