Translate

Monday, December 8, 2008

34 Kanak-Kanak Diarak Sebelum Berkhatan

BERARAK. Sebelum dikhatankan seramai 34 kanak-kanak sekitar  Kampung   Manjoi , Ipoh diarak dengan menaiki dua buah lori mengelilingi  kampung  berkenaan.

Dalam majlis  berkhatan  beramai-ramai anjuran Rukun Tetangga  Kampung   Manjoi  itu, lori yang membawa kanak-kanak berkenaan turut diiringi oleh kumpulan pemuzik tradisional.

Pengerusi Rukun Tetangga  Kampung   Manjoi , Jaafar Uthman, 48, berkata, kanak-kanak terbabit diarak mengelilingi  kampung  tersebut yang juga merupakan perkampungan Melayu terbesar di negara ini.

"Jika sebelum ini, kanak-kanak diarak dengan berjalan kaki atau didukung oleh bapa masing-masing, kali ini kami memilih untuk mengarak mereka dengan lori sebelum dikhatankan.

"Kanak-kanak tersebut dibawa mengelilingi seluruh  Kampung   Manjoi  agar mereka akan sentiasa ingat peristiwa bersejarah ini dan tidak melupai  kampung  halaman mereka setelah dewasa kelak," katanya.

No comments:

Post a Comment