Translate

Saturday, December 6, 2008

Gesa LTSAS diaktifkan

Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

IPOH - Kerajaan Negeri Perak menggesa Kerajaan Pusat agar segera membuka semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ( LTSAS ) di sini yang tidak aktif sejak lebih dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam Perak, Nga Kor Ming  mendakwa, keadaan  LTSAS  itu mengganggu pertumbuhan ekonomi negeri.

Beliau mendakwa, mendapat banyak laporan pelabur yang berminat untuk beroperasi di Perak menarik diri dan memilih untuk mencari peluang di tempat lain gara-gara masalah logistik tersebut.

"Usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan perlancongan perubatan di bandar raya Ipoh terutamanya kepada penduduk Singapura juga kurang berjaya lantaran tiada perkhidmatan penerbangan ke negara jiran itu.

"Selain itu beberapa promosi ekonomi lain juga kurang mendapat sambutan gara-gara penutupan lapangan terbang terbabit," katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Sehubungan itu,  Kor   Ming  memohon peruntukan RM170 juta bagi membangunkan semula  LTSAS  seperti yang dijanjikan pada tahun lalu dapat disalurkan oleh Kerajaan Pusat dengan kadar segera.

No comments:

Post a Comment