Translate

Friday, December 5, 2008

MB Perak terima SMS palsu tabur fitnah

IPOH - Menteri Besar  Perak , Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menerima khidmat pesanan ringkas ( SMS )  palsu  semalam kononnya Hospital Seri Manjung (HSM), Manjung kira-kira 100 kilometer dari sini 'bergelap' sejak dua hari lalu sehingga menyebabkan keresahan di kalangan pesakit.

 SMS  berkenaan yang kemudiannya dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia  Perak , A. Sivanesan untuk disiasat bagaimanapun dikesan kandungannya  palsu .

Sivanesan berkata, beliau yang menerima  SMS  berkenaan kira-kira 7.45 pagi segera merujuk dakwaan itu kepada pihak berkaitan termasuk pengurusan hospital terbabit bagi mendapatkan kepastian.

"Jelas sekali HSM tidak pernah menghadapi masalah keputusan bekalan elektrik seperti didakwa malah pengurusan hospital itu telah memberi jaminan penuh mereka telah bersedia sekiranya ia benar-benar terjadi.

"Saya kesal dengan  SMS  yang sengaja direka ini yang sedikit sebanyak cuba mencalar kredibiliti HSM.

"Selain itu saya bimbang berita  palsu  ini turut disebarkan secara meluas hingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat," katanya pada sidang media di sini semalam.

Sivanesan berkata, antara kandungan  SMS  berkenaan ialah HSM kononnya telah mengalami masalah keputusan bekalan elektrik sejak dua hari lalu dan terpaksa menggunakan kemudahan generator untuk beroperasi.

Selain itu menurutnya, ekoran 'ketiadaan' bekalan elektrik itu telah menyebabkan kemudahan penghawa dingin tidak dapat dihidupkan hingga ada pesakit yang tidak mampu dirawat.

"Saya juga telah merujuk kepada Menteri Besar untuk mendapatkan nombor telefon pengirim  SMS  itu namun sejak pagi tadi, pengirim enggan menjawab walaupun saya menghubunginya lebih 50 kali," katanya.

No comments:

Post a Comment