Translate

Wednesday, July 5, 2023

Tragedi kepala air: Mayat dijumpai disahkan Putri Balqis Izzati

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Mayat mangsa tragedi kepala air Jeram Awam, Air Putih dekat sini yang dijumpai hari ini disahkan sebagai Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat anak sulung Azizah Eiyi itu ditemui pada kedudukan kira-kira 24 kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa (Putri Balqis Izzati) dijumpai di tebing sungai terletak di belakang Masjid Dadong di sini pada pukul 7.45 pagi tadi.

“Anggota pencari dan penyelamat telah menaikkan mayat mangsa pada pukul 8.15 pagi sebelum pengecaman dilakukan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di pusat kawalan operasi di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat Putri Balqis Izzati telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan selanjutnya.

Kosmo! hari ini melaporkan enam sekeluarga iaitu pasangan suami isteri, Karim Abdullah, 39, dan Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka yang menjadi mangsa tragedi kepala air terbabit telah dijumpai semalam.

Tiga lagi mangsa masih hilang ialah dua beradik iaitu Putri Alleya Maisarah Karim, 16, dan Putri Nor Fatin Karim, 14 serta Muhammad Fikri Saliman, 24, yang merupakan tunang Putri Balqis Izzati. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment