Translate

Wednesday, July 26, 2023

PRN: Penyokong BN-PH Terengganu diseru akur pemilihan calon

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyeru penyokong parti itu dan Pakatan Harapan (PH) berlapang dada dengan keputusan pucuk pimpinan terhadap pemilihan calon Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, mereka harus menghormati pembahagian kerusi dan pemilihan calon yang sudah diputuskan Pengerusi BN, Datuk Ahmad Zaid Hamidi dan Pengerusi PH, datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Lumrah kita serah beberapa nama calon untuk bertanding (PRN) namun keputusan akhir terletak kepada presiden parti.

“Kita telah pertimbang dan bincang (senarai calon berpotensi) kemudian Presiden (parti) buat keputusan. Saya akur,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu senarai calon yang diumum BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Kuala Terengganu mendapat pelbagai reaksi daripada akar umbi BN dan PH Terengganu.

Selain itu, Parti Amanah Nasional (Amanah) membantah calon BN di DUN Tepoh manakala pencalonan bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari di DUN Ajil juga mendapat protes awal.

Selain itu, UMNO Bahagian Kuala Terengganu juga melahirkan kekecewaan apabila kerusi Parlimen Kuala Terengganu diserahkan kepada PKR. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment