Oleh MOHD AZLI ADLAN
KEMAMAN – Barisan Nasional (BN) menjangkakan bakal bertanding kira-kira 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merangkumi lebih 100 daripada 245 kerusi yang akan ditandingi di enam negeri terbabit.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, baki 55 peratus lagi bakal ditandingi Pakatan Harapan (PH) namun keputusan akhir bagaimanapun hanya akan diputuskan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu hadapan.
“Ini (komposisi 45 peratus BN, 55 peratus PH) berdasarkan kepada kerusi (DUN) (dimenangi) sedia ada.
“Sebab itu, peratus itu lebih kepada parti komponen dalam PH. Kita akan umum statistik (sebenar) apabila keputusan dimuktamadkan,” katanya di Pantai Penunjuk, Kijal di sini di sini.
Terdahulu beliau menghadiri majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat anjuran BN Terengganu.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, perbincangan kali terakhir dengan Anwar tersebut juga akan melibatkan penyelesaian beberapa kawasan DUN yang masih mempunyai pertindihan. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment