Translate

Thursday, July 13, 2023

Tragedi kepala air: Skop pencarian dua mangsa dikecilkan esok

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Skop pencarian dua ;agi mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih di sini yang masih hilang akan dikecilkan mulai esok.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, tumpuan pencarian selepas ini kepada lokasi yang telah dikenal pasti.

“Kita telah membuat liputan keseluruhan tiga sektor zon pencarian seluas 32 kilometer dari Jeram Mawar hingga Kuala Kemaman.

“Beberapa lokasi tertentu terutama di sektor A dan B telah dikenal pasti untuk diberi tumpuan mulai esok,” katanya di Air Putih di sini hari ini.

Azman berkata, operasi mencari dan menyelamat hari kelima pada hari ini gagal memperoleh sebarang petunjuk

Tambahnya, selaman anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) di sektor A tidak menemui jasad Putri Nor Izzati, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan memberitahu operasi SAR hari ini ditamatkan pukul 5 petang tadi dan disambung semula pukul 8 pagi esok. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment