Translate

Thursday, July 13, 2023

Laungan azan abang Muhammad Fikri bergema di Jeram Mawar

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN dan NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Abang mangsa kepala air, Shahrizal Saliman, 40, mengambil inisiatif melaungkan azan di lokasi pencarian adiknya yang masih hilang di Jeram Mawar, Air Putih di sini hari ini.

Dia berkata, ia sebagai ikhtiar bagi memudahkan operasi pencarian dua lagi mangsa termasuk adiknya, Muhammad Fikri yang masih hilang sejak enam hari lalu.

“Saya berharap jasad adik saya dan adik tunangnya (Putri Nor Fatin Karim, 14) ditemui segera. Saya reda dan menerima apa sahaja kemungkinan. Hidup atau mati saya tetap setia menanti. Pulanglah adik (Muhammad Fikri),” katanya di sini hari ini.

Shahrizal diberi kebenaran khas dengan diiringi pegawai bomba memasuki lokasi insiden yang masih ditutup bagi melaungkan azan terbabit.

Dia kelihatan sebak dan beberapa kali dilihat mengesat air mata sebaik selesai melaungkan azan dan berdoa di Jeram Mawar.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, dia menguatkan semangat demi kasih sayang terhadap Muhammad Fikri yang merupakan adik bongsunya.

“Kalau ikutkan saya dan ahli keluarga lain masih trauma kerana kami pernah kehilangan kakak, Linda Azura dan anaknya yang ketika itu berusia dua tahun akibat lemas akibat terjatuh ke dalam tali air pada 2006.

“Insiden menimpa Muhammad Fikri seakan mengingatkan kami dengan peristiwa hitam itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment