Translate

Monday, July 24, 2023

Salahuddin stabil tetapi masih kritikal

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Diri, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mengalami pendarahan dalam otak kini semakin stabil walaupun keadaan masih kritikal.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, tahap kesihatan Salahuddin yang selamat menjalani pembedahan kelmarin sedang dipantau rapi oleh pasukan perubatan.

“Alhamdulillah, pembedahan semalam (kelmarin) berjaya. Sama-sama kita doakan kesihatan beliau (Salahuddin), Insya-Allah kembali sihat.

“Beliau masih berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya di Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Zaliha enggan mendedahkan punca pendarahan otak menimpa Ahli Parlimen Pulai berkenaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Salahuddin dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah setelah mengalami mual dan muntah-muntah pada pukul 10.15 malam kelmarin.

Beliau yang disahkan mengalami pendarahan dalam otak telah ditidurkan selepas selamat menjalani pembedahan di hospital tersebut. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment