Translate

Monday, July 3, 2023

Premis perusahaan Nor Atikah Songket musnah terbakar

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Bangunan Seni Kayu Warisan milik Nor Atikah Songket yang menempatkan koleksi songket, busana dan ukiran kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Paloh, di sini malam tadi.

Kebakaran pada pukul 10 malam itu turut memusnahkan kereta MG Rover milik pengusahanya, Burhan Ashari, 68, dan tiga motosikal pekerja ahli perniagaan tersebut yang menetap di premis terbabit.

Premis berusia lebih 50 tahun itu juga menempatkan koleksi songket lama peninggalan arwah ibu Burhan yang juga pengasas perusahaan songket terkenal berkenaan.

Selain itu, ukiran kayu dan lebih 10,000 pakaian berupa baju Melayu, jubah dan kurta yang merupakan stok lebihan jualan anak lelaki Burhan turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kebakaran itu pada 10.42 malam.

“Seramai 36 anggota bomba dari empat balai berhampiran bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Api kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira sejam kemudian namun struktur premis kayu itu telah musnah 100 peratus,” katanya di sini hari ini.

Rozizah berkata, punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment