Translate

Monday, July 3, 2023

Mahkamah: Petisyen PRU15 Parlimen Marang ditolak

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) gagal dalam petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan Parlimen Marang setelah Mahkamah Pilihan Raya di sini menolaknya hari ini.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian setelah mendapati bukti dikemukakan pempetiseyen gagal membuktikan keraguan munasabah.

Sehubungan itu, beliau memerintahkan pempetiseyen iaitu Jasmira Othman yang merupakan calon BN bagi Parlimen Marang pada PRU15 agar membayar kos sebanyak RM50,000.

Hassan memberitahu, mahkamah akan memaklumkan keputusan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Pada prosiding tersebut responden iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang diwakili Datuk Seri Takiyuddin Hassan manakala Jasmira pula diwakili Datuk Mohd. Hafarizam Harun.

Sebelum ini Jasmira memfailkan petisyen tersebut pada 3 Januari lalu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada PRU15, Abdul Hadi yang merupakan Presiden Pas mempertahankan kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment