Oleh MOHD AZLI ADLAN
KUALA NERUS – Maskot Kapten Kosmo! yang buat julung-julung kalinya muncul di khalayak telah menarik perhatian para peminat sukan permotoran yang hadir menyaksikan perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Perlumbaan Terengganu hari ini.
Tidak hairan ramai antara para pengunjung di litar tidak melepaskan peluang beramah-mesra dan berswafoto bersama Kapten Kosmo! apatah lagi kanak-kanak yang tertarik dengan keletah mascot tersebut.
Sebagai makluman, akhbar Kosmo! di bawah Media Mulia Sdn. Bhd. adalah penaja kepada pasukan pasukan Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT).
Selain memperkenalkan pelumba dan kru TCPRT, Kapten Kosmo! turut mengedarkan kipas tangan kepada para pengunjung sejak sesi kelayakan yang berlangsung semalam dan hari perlumbaan hari ini.
Menariknya, kehadiran Kapten Kosmo! tidak sekadar datang kosong apabila membuka peluang orang ramai untuk menikmati pengalaman sebagai pelumba sebenar dengan pembelian produk kombo akhbar Kosmo! dan Pink Racing.
Seramai lima pembeli produk kombo akan dipilih menerusi cabutan bertuah pada perlumbaan terakhir di Pulau Pinang akan berpeluang merasai suasana perlumbaan sebenar di litar yang akan dimaklumkan kemudian.
Dalam pada itu, pasukan TCPRT yang dimiliki Nur Atikah Azwar semakin pantas berkembang dan muncul sebagai antara pasukan pencabar bagi kategori Perdana CP150, Kejuaraan Club Prix Malaysia. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment