Translate

Sunday, July 2, 2023

Dakwaan tipu Agong: Ahmad Zahid minta PDRM siasat Papagomo

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dakwaan seorang penulis blog, Papagomo kononnya beliau telah menipu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri tersebut berkata, laporan polis terhadap Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 40, telah dibuat semalam.

Beliau yang juga Presiden UMNO berharap tindakan sewajarnya akan diambil PDRM terhadap pembohongan yang dilakukan penulis blog tersebut.

“Majlis Tertinggi (BN) membuat keputusan untuk memberikan dokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dokumen akuan bersumpah yang kita hantar kepada Istana Negara sebelum tamat tempoh waktu diberikan.

“Papagomo sepatutnya semak dengan pihak Istana Negara tentang perkara itu kerana kita melakukan mengikut titah Tuanku (Al Sultan Abdullah) ,” katanya ketika ditemui pada majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat BN Terengganu di Pantai Penunjuk Kijal di sini hari ini.

Terdahulu, Papagomo mendakwa kononnya Ahmad Zahid telah menipu Seri Paduka Baginda sehingga membawa kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment