Translate

Friday, July 14, 2023

Tragedi kepala air: Dua mangsa layak terima faedah Perkeso

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Dua daripada 10 mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, minggu lalu, disahkan sebagai pencarum skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, dua mangsa tersebut layak menerima faedah skim Perkeso kerana dilindungi.

Beliau berkata, penyaluran bantuan dan pembayaran faedah tersebut akan dilunaskan Perkeso pada kadar segera.

“Perkeso dalam proses berhubung dengan waris mangsa bagi melengkapkan dokumentasi.

“Penyerahan faedah kepada waris mangsa yang layak akan dilakukan Perkeso dalam masa terdekat,” katanya, selepas merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Terengganu, di sini hari ini.

Difahamkan dua mangsa yang merupakan pencarum Perkeso terbabit adalah Karim Abdullah, 39, yang merupakan pengendali jentera berat dan tunang anaknya, Muhammad Fikri Satiman, 24.

Kosmo! Selasa lalu melaporkan Karim dan lapan ahli keluarganya serta Muhammad Fikri terlibat dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman pada 1 Julai lalu.

Setakat ini, sembilan mayat mangsa telah ditemui termasuk terbaharu dipercayai Muhamamd Fikri pada pukul 9.20 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment