Translate

Tuesday, July 25, 2023

Pengarah Kolej Pra-Universiti diberi autonomi ambil pelajar

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Pengarah Kolej Pra-Universiti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dahulunya dikenali sebagai Tingkatan Enam seluruh negara akan diberi kuasa autonomi untuk melakukan pengambilan pelajar mulai sesi pengambilan tahun ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebelum ini, pengambilan pelajar tingkatan enam dikendalikan KPM.

Beliau berkata, pendekatan itu bagi membolehkan lebih ramai pelajar berkelayakan melanjutkan pelajaran ke Pra-Universiti KPM.

“Pengarah Kolej Pra-Universiti sudah boleh mengambil pelajar untuk memasuki Tingkatan Enam dengan kuasa yang ada.  Sebelum ini permohonan tersebut dikendalikan KPM,” katanya selepas merasmikan Himpunan  Pewaris Generasi Madani di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini hari ini.

Fadhlina berkata, penurunan kuasa kepada Pengarah Kolej Pra-Universiti tersebut bertujuan mengurangkan kadar keciciran pelajar berkelayakan.

Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, KPM juga melaksanakan penjenamaan semula dalam sistem pendidikan tingkatan enam berkuat kuasa serta-merta.

Jelas beliau, antara penjenamaan semula itu ialah guru penolong kanan ditukar kepada timbalan pengarah manakala guru pula kepada pensyarah. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment