Translate

Tuesday, July 25, 2023

Demam denggi meningkat 129.2 peratus

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kes demam denggi di seluruh negara sejak awal ini semakin membimbangkan dengan peningkatan mendadak 129.2 peratus.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sehingga minggu lalu, sebanyak 63,966 kes demam denggi telah direkodkan berbanding 27,914 kes pada tahun lalu.

“Kematian akibat demam denggi juga meningkat kepada 45 orang berbanding cuma 19 orang pada tempoh sama pada tahun lalu.

“Ia peningkatan 26 kematian atau 136.8 peratus,” katanya di Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran selepas merasmikan program Madani Afiat dan One Hour Malaysia Clean Up peringkat Terengganu.

Zaliha berkata, program One Hour Malaysia Clean Up yang merupakan aktiviti gotong-royong melibatkan komuniti merupakan antara strategi untuk menangani wabak denggi.

Jelas beliau, program tersebut akan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan setakat ini, ia telah diadakan di Selangor. Kedah dan Terengganu.

“Kita telah memperkasakan program sukarelawan komuniti My Champion Combi dengan penyertaan 31,065 orang di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment