Translate

Monday, July 3, 2023

Modenisasi sektor perladangan untuk tarik belia tempatan

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan akan memodenkan sektor perladangan tempatan dengan penggunaan mekanisasi dan automasi bagi menarik penyertaan lebih ramai generasi muda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, belia tempatan akan dilatih mengendalikan mesin perladangan oleh Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (Impac).

Beliau berkata, ia sejajar dengan hasrat kerajaan mahu memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Salah satu cabaran kita (dalam bidang perladangan) ialah terlalu bergantung kepada pekerja asing.

“Kita harap dapat menarik belia-belia kita terlibat bukan sahaja mengendalikan malah mencipta mesin dalam sektor peladangan,” katanya selepas menghadiri majlis Sembang Santai Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) di sini malam tadi.

Fadillah berkata, penggunaan mekanisasi dan automasi bukan sahaja mengurangkan penggunaan tenaga fizikal malah mampu meningkatkan lagi tangga gaji dalam sektor perladangan.

Beliau yang Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pemodenan sektor terbabit sekaligus mampu menarik minat golongan muda.

“Masalah gaji bukan lagi isu kerana mereka akan dibayar setimpal dengan pengetahuan dan kemahiran mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment