Translate

Monday, July 3, 2023

DUN Terengganu dibubarkan esok

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu terbubar secara rasmi mulai esok.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembubaran DUN negeri tersebut telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.

“Saya telah menghadap Kebawah Duli Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memohon ampuni perkenan membubarkan DUN Terengganu Penggal ke-14.

“Baginda telah mengampuni perkenan untuk membubarkan DUN Terengganu pada 28 Jun (esok),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Ahmad Samsuri menghadap Sultan Mizan bagi memohon perkenan pembubaran DUN Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini pada pukul 9 pagi.

Terengganu merupakan salah satu daripada enam negeri lain yang akan melaksanakan PRN tidak lama lagi.

Dua negeri iaitu Kelantan dan Selangor sudah membubarkan DUN masing-masing pada 22 Jun dan 23 Jun lalu manakala Pulau Pinang dan Kedah pada esok serta Negeri Sembilan pula 1 Julai ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Pas berjaya merampas kerajaan negeri Terengganu selepas menguasai 22 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) cuma 10 kerusi. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment