Translate

Wednesday, April 6, 2022

Dua penjenayah maut ditembak polis

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki disyaki penjenayah yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan jenayah mati ditembak polis di Jalan Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan berkata, sepasukan polis yang melakukan rondaan terserempak dengan kereta jenis Honda Civic dinaiki dua suspek dalam keadaan mencurigakan pada pukul 11.30 pagi.

“Pemandu kereta enggan berhenti sewaktu anggota polis memperkenalkan diri, sebaliknya memecut kenderaannya.

“Begitupun, kereta itu berjaya dihalang kereta peronda polis di persimpangan Kampung Simpang Tokku kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Wan Rukman memberitahu, salah seorang suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Beliau berkata, anggota polis melakukan tembakan balas dan mengenai tepat salah seorang suspek yang berada di dalam kenderaan tersebut.

“Seorang lagi suspek bertindak melarikan diri sebelum memasuki sebuah rumah kosong terletak kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian sebelum dia juga ditembak mati,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

No comments:

Post a Comment