Translate

Tuesday, April 5, 2022

148,700 keluarga Terengganu bakal terima bantuan i-Fitri

KUALA TERENGGANU – Seramai kira-kira 148,700 keluarga di Terengganu bakal menerima manfaat bantuan i-Fitri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, pembayaran i-Fitri kepada rakyat negeri ini berkelayakan dijangka akan dilakukan bermula pertengahan bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, seramai 148,700 penerima akan mendapat manfaat bantuan i-Fitri melibatkan peruntukan RM56,442,500.

“Isi rumah yang mempunyai pendapatan tidak melebihi RM2,500 akan menerima bantuan sebanyak RM400.

“Bantuan sebanyak RM250 pula akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000,” katanya pada sidang akhbar selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Hanafiah berkata, rakyat Terengganu berkelayakan masih belum memohon boleh mengakses portal, ibantuan.terengganu.gov.my yang dibuka selama 10 hari bermula 10 pagi, hari ini.

Tambah beliau, antara syarat ditetapkan bagi penerima bantuan i-Fitri berkenaan ialah rakyat Terengganu yang menetap dan mengundi di negeri ini.

“Penjawat awam dan lantikan kerajaan dan kontraktor berlesen tidak layak memohon termasuk peniaga yang mempunyai pendapatan lebih RM5,000 dan individu bujang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment