Translate

Sunday, April 3, 2022

KPDNHEP galak hotel, restoran manfaat kemudahan mesin ‘retort’

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Pengusaha hotel dan restoran digalakkan untuk memanfaatkan kemudahan pembungkusan lebihan makanan disediakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sepanjang bulan Ramadan ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, teknologi mesin ‘retort’ itu membolehkan lebihan makanan yang masih dalam keadaan baik dan tidak diusik tersebut bertahan sehingga dua tahun.

Beliau berkata, inisiatif KPDNHEP itu bagi mengurangkan pembaziran makanan daripada penganjuran bufet Ramadan yang dianggarkan boleh mencecah sehingga 20 tan sehari sepanjang bulan puasa.

“Kebanyakan hotel dan restoran pasti menganjurkan semula bufet Ramadan pada tahun ini ekoran peralihan kepada fasa endemik mulai semalam.

“Sayang lebih makanan yang masih baik dan tidak diusik itu dibuang begitu sahaja, baik dibungkus dengan mesin ‘retort’ sebelum diagihkan kepada golongan memerlukan,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) peringkat Hulu Terengganu di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment