Translate

Monday, April 4, 2022

APMM lupus 330,000 batang rokok seludup

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 330,000 batang rokok seludup yang bernilai keseluruhan lebih RM219,000 dilupuskan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kesemua rokok itu dirampas dalam operasi khas di perairan Terengganu pada Ogos tahun lalu.

“Siasatan mendapati rokok terbabit cuba diseludup masuk ke negara ini menerusi laut dan sewaktu rampasan dilakukan, pemilik tidak dikenal pasti.

“Sehubungan itu, APMM bertindak melupuskan kesemua barang rampasan itu menggunakan mesin pengisar,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, kesemua proses pelupusan tersebut dilakukan di hadapan penyaksi pelupusan.

Tambah beliau, sisa pelupusan rokok seludup itu telah dibuang ke tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Belara, Kuala Nerus.

Kosmo! 23 Ogos tahun lalu melaporkan Muhammad Suffi berkata, pemeriksaan bot peronda APMM menjumpai 33 kotak yang mengandungi rokok seludup berkenaan pada pukul 6 petang di Pulau Karah, Kuala Nerus. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Post a Comment