Translate

Friday, November 20, 2015

Peniaga pasar malam dipenjara 10 hari rosakkan kereta isteri

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merosakkan kereta milik isteri dalam perbalahan merebut anak di kawasan tempat letak kereta di sebuah hotel di Jalan Conlay di sini pada minggu lalu.
Sheikh Mohd. Zaib Sheikh Said, 44, dituduh melakukan khianat dengan memecahkan bumper hadapan, memecahkan lampu, menendang pintu dan memancitkan keempat-empat tayar kereta Perodua Kenari milik Azlina Aziz, 43, pada pukul 12.30 tengah malam, 11 November lalu.
Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan dihadapan Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md. Nor.
Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment