GOMBAK - Seorang bekas penaung sebuah badan bukan kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini atas 75 pertuduhan memperdaya 101 ahli Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Malaysia melibatkan kerugian hampir RM4 juta di Rawang lebih tiga tahun lalu.
Baharudin Mohd. Yusoff, 47, dituduh melakukan pertuduhan memperdaya mangsa-mangsa terlibat dalam skim pelaburan pelancongan, pelaburan nominee dan kayu gaharu dengan menjanjikan keuntungan yang tidak wujud dari Januari 2012 hingga Disember 2013.
Dia yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Majistret Namirah Hanum Mohamed Al Baki memerintahkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM150,000 dan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 12 Januari depan. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment