Translate

Friday, November 20, 2015

Janda mencuri dipenjara dua hari

KUALA LUMPUR – Seorang juruwang sebuah kedai serbaneka 24 jam dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barang di pusat beli-belah, Sogo di sini kelmarin.

Noriza’Aini Zulkarnaen, 26, yang merupakan berstatus janda itu mengaku mencuri pakaian dalam, pakaian, produk kecantikan, minyak wangi dan kotak simpanan barangan kemas berjumlah RM555.80 di pusat beli-belah berkenaan yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada pukul 2 petang 17 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Ketika membuat rayuan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail, Noriza’Aini yang diwakili peguam bela, Kevin Tan Kim Kwong mengaku mencuri kerana kesempitan wang.
Tertuduh membayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, tertuduh mema­sukkan tiga barang ke dalam beg jinjing berwarna koko di tingkat bawah Sogo sebelum ke tingkat satu dan lima pusat beli-belah sama untuk mencuri barang lain.

Tertuduh yang mempunyai dua anak berusia 10 tahun dan tujuh tahun kemudiannya ditahan pengawal keselamatan Sogo di pintu keluar pusat beli-belah itu pada pukul 2.50 petang sebelum diserahkan kepada anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

No comments:

Post a Comment