Translate

Tuesday, November 17, 2015

Putri Mardiana didenda RM3,000

KUALA LUMPUR - Pelakon, Putri Mardiana Zainal Abidiin, 34, (Gambar) dan pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, dijatuhi hukuman denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini atas kesalahan berkhalwat pada kira-kira setahun lalu.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memerintahkan demikian selepas kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang didakwa dilakukan di rumah Puteri Mardiana di Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor pada pukul 3.03 pagi, 14 Disember 2014.
Puteri Mardiana yang merupakan janda beranak tiga dan Shahrizam yang masih dalam proses penceraian dengan isterinya didakwa mengikut Seksyen 29 (1) A Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1005 dan Seksyen 29 (1) B akta sama.
Kesalahan itu memperuntukan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Shaiful Azli memerintah bon jaminan RM1,500 yang dikenakan terhadap setiap tertuduh dirampas selepas mereka gagal menghadirkan diri tanpa alasan kukuh dalam dua prosiding sebelum ini pada 25 Ogos dan 1 Oktober lalu. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment