KUALA LUMPUR - Seorang penjaga stor yang juga anggota kumpulan militan, IS dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mempromosi kegiatan keganasan pada April lalu.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad memerintahkan demikian selepas Mohd. Hafifi Tarmizi dari Taman Segar di sini mengaku bersalah melibatkan diri dalam konspirasi rancangan mengebom beberapa lokasi di ibu negara bagi menimbulkan huru-hara.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh bersetuju dengan cadangan salah seorang daripada ahli kumpulannnya untuk memusnahkan beberapa loakasi di bandar raya ini pada perjumpaan di Restoran Mahee, Serdang pada pukul 9.45. malam, 3 April lalu.
Dia kemudiannya mencadangkan seorang amir (ketua) dilantik bagi melicinkan lagi perancangan tersebut pada pertemuan kumpulan militan terbabit pada Gerai Satay Pak Ali, Batu 13, Hulu Langat pada 17 April lalu.
Begitupun Mohd. Hafifi yang ditahan di rumahnya di Pangsapuri Segar Ria, Taman Segar tidak menyertai eksperimen meletupkan bom yang dilakukan kumpulan militan itu di Gunung Nuang pada 25 April lalu. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment